Merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online diĀ www.zakat.maahadalansar.edu.my
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Bagaimana transaksi dilakukan?

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal Myzakat di www.zakat.maahadalansar.edu.my dan klik pada pembayaran myzakat untuk membayar zakat.

Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan MyZakat

Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut

Tiada bayaran tambahan dikenakan

Pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, dan tiada had minimum bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini.

Kaedah Pembayaran FPX

FPX merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

Transaksi Yang Terjamin

Kesemua pembayaran akan dilakukan dalam bentuk "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun Lembaga Zakat Selangor akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 7 hari bekerja.